Persahabatan Telinga,Mata & Hati




Pada zaman dahulu, Telinga,Mata & Hati bersahabat baik. Mereka bagai isi & kuku. Seperti aur & tebing. Bagai irama & lagu. Tidak dapat dipisahkan. Apabila Hati sedih kerana dihina, Mata yang akan menangis. Telinga pula seperti biasa. Sentiasa setia disisi Hati & Mata. Telinga sudah lali & tidak lagi ambil peduli akan hinaan. Telinga buat-2 tuli kerana baginya Hati jujur, ikhlas & penyabar.

Mulut pula merasakan dirinya disisihkan. Mulut selalu bercakap bohong & menghasut Hati. Telinga masih tidak ambil peduli kerana dia tahu Hati sebijak Otak. Mampu mentafsir yang baik & buruk. Mata pula hanya mampu melihat dan berdoa semoga dia tidak mudah dikaburi oleh kata-2 dusta Mulut.

Akibat terlalu cemburu, Mulut menjadi jahat. Dia sanggup melukakan Hati & mencederakan Mata. Telinga pula termakan hasutan Mulut yang mengatakan bahawa Hati & Mata hanya menipunya. Sejak hari itu Mata menjadi buta. Luka pada Hati walaupun sudah diubati tetapi setiap kali Mulut berkata, luka itu parah kembali. Telinga  tidak tuli lagi disaat Mulut semakin kejam.

Kini hanya tinggal Mata & Hati. Mata mungkin tidak dapat melihat keindahan dunia lagi. Tapi dia masih mempunyai Hati.......

nota biru ; Mulut tidak akan berhenti bercakap. Yang patut kita buat ialah pekak kan telinga. Mata mungkin buta. Tetapi kita masih mempunyai hati. Lihatlah dunia melalui hati bukan melalui mata yang buta disebabkan kata palsu mulut semata-mata.


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

About The D'paripari





♥  Frens call me Dee / Nanu
♥  I'm 20 y/o . 20011992
Bintulu, Sarawak
♥  Me in the next year ~ further study. Amin
♥  Love blogging & facebooking
♥  Simple. I wears t-shirt and jeans with sandal
♥  I'm alergic to make-up and dressing!
♥  Left-handed but i can write with my right hand on the whiteboard
♥  I love my family and of course my little D
♥  Who's D?  D is stand for Dee ; myself

 Any question? Ask my mother  :D
Just kidding  (^^,)
Nice to meet you guys!



xoxo, Dee 
    

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

I'm Back !



Apa khabar orang kampung?
Sudah lama tak berjumpa,
Kirim-2 lah berita,
Kita di sini jangan dilupa  :')

Wuaaa ! Betapa rindunya dengan kawan-2 sekolah. Agak-2nya apa khabar lah dia orang sekarang ni kan? Lama betul sudah tak lepak sama. Rindu giler ngan lawak-2 bodoh dia orang. haha. Hari tu jumpa sekejap jer time amik result stpm. Masing-2 busy. Ada pulak yang dah tak tinggal sini lagi. Agaknya bila lah dapat jumpa lagi ? ~~ imy'all. ♥ ♥ 




Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Segmen:Tambah Follower Sampai Pening



Hye bloggers...
Jom kita kasi up kan lagi follower dengan join segmen daripada
miss yaya ni . Selain daripada dapat merapatkan silaturrahim antara bloggers , 
follower juga bertambah . Tak rugi pun kalau nak join . Jum-2 ! Sementara belum tarikh tutup: 18/3/2012


SYARAT-SYARAT :
#1 . Follow blog miss yaya dan like fanpage dia [ DONE ]
#2 . Letak banner beserta link contest [ DONE ]
#3 . Buat satu entry bertajuk :  Segmen : Tambah Follower Sampai Pening [ DONE ]
#4 . Komen kat entry miss yaya [ DONE ]

= selamat berblogging=



Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

4P , i love you so much !




Hye readers . . . 
*peace tepi pipi ~~ ahakss :D

Dee masih tak tahu nak type apa untuk entry kali ni . Walaupun hati meronta-2 nak menaip . hee
Geli pulak hati dengan apa yang Dee type ni . Asyik nak ketawa jer . Actually , dari semalam lagi senyuman ini tidak pernah lekang dari bibir . Walaupun tidak semanis kurma usop taiyop , kira ok jugak ler daripada senyuman usop santorian . :p

Ok . Stop merapu . Back to the title . 4P ? Result stpm  Dee walaupun takda dapat A , atleast lulus semua . Dee sangat-2 bersyukur sebab pointer untuk stpm sebenar ni jauh lebih tinggi daripada ujian percubaan kat sekolah . Mendapat 1B+ 2B 1C+  dengan CGPA 2.9 sudah cukup buat Dee tersenyum dan menarik nafas lega .

Sekalung tahniah buat Mohd Yusuf , Valentine ak Kemarau , Nurhafizah & Cik Rainny Berry serta rakan-2 seperjuangan yang lain . Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna buat kita semua . Dan untuk para-pari junior ku yang masih menuntut di Tingkatan Enam Atas sekarang , teruskan perjuangan kalian semua . Dee sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian .

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru-2 yang tidak pernah jemu memberi dorongan & tunjuk ajar . Jasa kalian tidak mampu Dee balas . Untuk rakan blog yang sentiasa wish goodluck , buat ibu & ayah , ini semua untuk kalian berdua . Terima kasih untuk segalanya . . . . ♥ 




amin .

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

KEPUTUSAN STPM 2011,7 MAC 2012



Dear , blog . . . 
Eleh ! Tak nak laa buat entry panjang-2 malam nih . 
Straight to da point jer laa oke ?

Guess what ??
Keputusan stpm 2011 akan diumumkan pada 
hari Rabu minggu depan . Sure u'olls dah tahu kan ?
Alaa.... tak surprise lerr...  Takde-2 . Aku nak jugak post entry ni . hee

Yippi ! Yeah bebeh !  :D
Gumbira nya rasa hati . Setelah lama menanti , huh ! 
Finally 7 mac 2012 telah dipilih mpm sebagai tarikh 
bersejarah dalam hidup Dee . 
Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti . 
Semoga keputusan nanti seperti yang diharapkan . Amin . 

: 5 more days to go ....


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
FULL DESIGN BY ; Dee