Pada zaman dahulu, Telinga,Mata & Hati bersahabat baik. Mereka bagai isi & kuku. Seperti aur & tebing. Bagai irama & lagu. Tidak dapat dipisahkan. Apabila Hati sedih kerana dihina, Mata yang akan menangis. Telinga pula seperti biasa. Sentiasa setia disisi Hati & Mata. Telinga sudah lali & tidak lagi ambil peduli akan hinaan. Telinga buat-2 tuli kerana baginya Hati jujur, ikhlas & penyabar.
Mulut pula merasakan dirinya disisihkan. Mulut selalu bercakap bohong & menghasut Hati. Telinga masih tidak ambil peduli kerana dia tahu Hati sebijak Otak. Mampu mentafsir yang baik & buruk. Mata pula hanya mampu melihat dan berdoa semoga dia tidak mudah dikaburi oleh kata-2 dusta Mulut.
Akibat terlalu cemburu, Mulut menjadi jahat. Dia sanggup melukakan Hati & mencederakan Mata. Telinga pula termakan hasutan Mulut yang mengatakan bahawa Hati & Mata hanya menipunya. Sejak hari itu Mata menjadi buta. Luka pada Hati walaupun sudah diubati tetapi setiap kali Mulut berkata, luka itu parah kembali. Telinga tidak tuli lagi disaat Mulut semakin kejam.
Kini hanya tinggal Mata & Hati. Mata mungkin tidak dapat melihat keindahan dunia lagi. Tapi dia masih mempunyai Hati.......
nota biru ; Mulut tidak akan berhenti bercakap. Yang patut kita buat ialah pekak kan telinga. Mata mungkin buta. Tetapi kita masih mempunyai hati. Lihatlah dunia melalui hati bukan melalui mata yang buta disebabkan kata palsu mulut semata-mata.
sweet je hati ni...
ReplyDeleteara,hati sape yg swit?hehe
Delete