ANNYEONGHASEYO UNIMAS. ツ


Hai Hai Hai !
* senyum sampai telinga *
Why ?
Jawapan yang paling tepat adalah senyuman itu satu sedekah. Hee =)

* Saya tak kaya. So, saya sedekahkan awak senyuman. Nahh... Ambik la ! *

13 Julai 2012. Tawaran daripada unimas betul - betul buat aku excited bagai nak koma 2 minggu. Thanks God sebab Kau jodohkan aku dengan unimas. Aku terima nikahnya unimas dengan mas kahwin RM1420 tunai. SAH !

Oh Ya. Aku dapat course Kajian Khidmat Sosial atau nama panjangnya IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN(KAJIAN KHIDMAT SOSIAL) .

Anyone yang sama course ?

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Esok !


Hai Hai Hai !
* lambai tangan macam Ratu Cantik Afrika Selatan *

Hari ni gatal pulak tangan nak menaip kat sini . Lagi ? Oh . Semalam tu hanya iklan semata - mata . Saja nak bagi korang ketawa sampai tertanggal gigi palsu *lain kali guna polident* Aku hope korang tak bosan jemu lali muak nak muntah darah hijau bila tengok aku update blog hari - hari . Hari - hari ? Tak kot . Time ada idea je kot . Siapa yang bosan , sila merangkak macam ju-on and bawak bantal bushuk korang keluar dari sini.

Ok . Ada apa dengan hari esok ? Shila Amjah & Sharnaz nak nikah ke ? Lembu jiran sebelah nak beranak ke ? Or Justin Bibir nak kahwin dengan Salena Gomez ? Oh . Tidak tidak tidak . Haaaa . *ketawa 5saat* Actually dan sebenarnya . . . .

ESOK . Hari yang dah lama aku tunggu since aku berumur 19 hingga sekarang umur 20 tahun *amaigadd tua dah aku*
Esok result untuk penempatan ke ipta 2012 akan diketahui . Ini yang buat aku tak lena tidur tak senang nak duduk kat sofa kulit baru Kak Jess bagai orang tumbuh bisul 10 .

Pagi tadi . . . .
Bagai itik buat catwalk aku kononnya nak bagitau dengan Kak Jess .

" Kak Jess , esok result keluar. . . "

Hah ! Tapi itu cuma kata - kata dalam hati aku saja . Penat - penat aku buat catwalk . Apa kejadah kau takut tahap cipan nak beranak ni Dee ? Santai je kot . . .

Bagi kawan - kawan and sepupu sepapat yang ambik STPM tahun lepas , aku nak wish good luck ngan korang . Aku harap and terus berharap korang dapat apa yang korang nak . Dah dapat masuk universiti nanti jangan lupa calling - calling oke ?

* peace tepi lesung pipi *

Nota biru : Selamat Menyambut Ramadhan ^^


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Pujaan hati ツ


Kehadapan awak yang entah dimana . Walau di Afrika, Somalia, Acheh atau di Malaysia sekalipun awak, saya harap surat ni selamat sampai kepada awak . Awak , saya minta maaf sebab masa saya menulis surat ni , semua pejabat pos tutup sempena Taib atuk uban tu nikah satu lagi.

Awak kenal kan? Dulu dia pernah beri nasi lemak 3 bungkus, laksa Sarawak semangkuk and roti canai 2 keping kat kita . Mesti awak masih ingat kan sebab nasi lemak 3 bungkus tu habis awak bedal sorang. Sikit pun awak tak beri saya makan. Tapi tak apa wak . Asalkan awak boroi macam Azwan Ali , saya rela tak makan.

First time saya jumpa awak masa saya beli ais krim 20sen kat depan gate sekolah . Saya rasa awak lebih cute daripada Dafi AF, lebih macho daripada En. Harris dalam ombak rindu and lebih ayu daripada Lisa Surihani . Walaupun saya tahu susah nak dapatkan awak, yalah awak kan anak tauke sawit, saya anak buruh saja, saya tetap nakkan awak. Awak tahu saya ni memang degil kan? Tapi awak tak tahu yang saya sanggup tolong ibu awak cuci tandas selama sebulan. Guna berus gigi oke? Habis patah kuku saya.

Saya tak peduli. And saya sentiasa harap one day kita akan jumpa lagi supaya saya boleh luahkan apa yang tersirat and tersurat dalam hati saya. *macam karangan BM la pulak*

Awak , saya selalu curi-curi tengok awak time makan kat kantin. Saya tengok dari jauh malu nak bertentang mata dengan awak . Walaupun saya rabun jauh , tapi rambut Afro awak tu tetap dapat saya lihat . Itu yang buat awak comel dari Dafi . Kadang-kadang saya suka kacau awak kat sekolah . Sebenarnya saya sengaja letak kutu kat rambut Afro awak, sembunyikan teddy bear yang selalu teman awak pegi sekolah and kunci awak dalam tandas selama 2 hari 1 malam. Tapi itulah tanda kasih Sayang saya kepada awak .

Sampailah satu hari saya dapat tahu awak pindah sekolah, saya juga nak pindah ikut awak tapi ibu tak suruh. Saya buat mogok lapar sampaikan saya koma seminggu. Saya takut kalau awak pindah sekolah , Elfira Loy akan ngorat awak. Ini tidak adil tidak adil bagiku.... Ok. Saya nyanyi lagu Yuna tu untuk awak. Saya tahu awak ada termengumpat saya kat twitter, Facebook and blog sebab setiap malam saya akan jadi hantu maya Karin pegi rumah awak untuk nyanyikan lagu Ombak Rindu. Setiap malam juga rambut Afro awak Akan gugur satu persatu sebab suara saya terlalu merdu bak buluh perindu. Hodoh manapun awak, hodoh lagi Azwan Ali yang pakai selendang tu.

Tapi wak , selama awak pegi London untuk kuruskan badan , saya bahagia kat sini. Walaupun dia tak sekaya awak tapi dia lebih caring and romantik dengan saya. Dulu saya yang selalu nyanyikan awak lagu sebelum tidur, tapi sekarang Dia yang selalu nyanyi untuk saya. Dia selalu tolong selesaikan masalah saya tanpa mengharapkan balasan. DIA .

Ya, saya pasti cinta saya sekarang untuk Dia yang kat atas sana. Dia pujaan hati saya. Sorry awak..... Dan disini seperti surat2 saya yang lepas, saya nak cakap kat awak yang saya peminat ZaynMalik. Okbai !


Yang comel,
Dee.


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Girlfriends ツ


Whatsapp !
Yang aku maksudkan kat atas bukan aplikasi yang ada kat handphone kau tu. Itu kononnya kata sapaan mat rapper. Tapi aku bukan rapper ok.

Girlfriend which is tentang kawan-kawan perempuan aku. Aku tahu lah korang rindu aku melebihi rindu En. Harris kepada Izzah dalam ombak rindu.

Tapi korang memang sweet macam chokie2 yang aku selalu makan time aku nervous. Timeline and notification aku kat Facebook penuh dengan nama korang. Aku tak pandai meluahkan perasaan ok?

Kat blog ni secara terbuka aku nak confess kat korang. So, korang dengarkan lah ~~~

" Oh. Hai girlfriends. Aku tahu kau rindu aku. But I'm sorry. I don't miss you like I did yesterday. The amazing and sweet moment that we spend together before , itu yang aku rindu sangat- sangat ! "

THE END


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

UPU MINGGU KE-2 JULAI

Are you ready guys? Damnly nervous but excited. Dear July,please please show me your luck....

*hope.faith.believe*

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
FULL DESIGN BY ; Dee