Hai Hai Hai !
* lambai tangan macam Ratu Cantik Afrika Selatan *
Hari ni gatal pulak tangan nak menaip kat sini . Lagi ? Oh . Semalam tu hanya iklan semata - mata . Saja nak bagi korang ketawa sampai tertanggal gigi palsu *lain kali guna polident* Aku hope korang tak bosan jemu lali muak nak muntah darah hijau bila tengok aku update blog hari - hari . Hari - hari ? Tak kot . Time ada idea je kot . Siapa yang bosan , sila merangkak macam ju-on and bawak bantal bushuk korang keluar dari sini.
Ok . Ada apa dengan hari esok ? Shila Amjah & Sharnaz nak nikah ke ? Lembu jiran sebelah nak beranak ke ? Or Justin Bibir nak kahwin dengan Salena Gomez ? Oh . Tidak tidak tidak . Haaaa . *ketawa 5saat* Actually dan sebenarnya . . . .
ESOK . Hari yang dah lama aku tunggu since aku berumur 19 hingga sekarang umur 20 tahun *amaigadd tua dah aku*
Esok result untuk penempatan ke ipta 2012 akan diketahui . Ini yang buat aku tak lena tidur tak senang nak duduk kat sofa kulit baru Kak Jess bagai orang tumbuh bisul 10 .
Pagi tadi . . . .
Bagai itik buat catwalk aku kononnya nak bagitau dengan Kak Jess .
" Kak Jess , esok result keluar. . . "
Hah ! Tapi itu cuma kata - kata dalam hati aku saja . Penat - penat aku buat catwalk . Apa kejadah kau takut tahap cipan nak beranak ni Dee ? Santai je kot . . .
Bagi kawan - kawan and sepupu sepapat yang ambik STPM tahun lepas , aku nak wish good luck ngan korang . Aku harap and terus berharap korang dapat apa yang korang nak . Dah dapat masuk universiti nanti jangan lupa calling - calling oke ?
* peace tepi lesung pipi *
Nota biru : Selamat Menyambut Ramadhan ^^
All the best kepada yang memohon upu.. hehehe.. ena pula yang cuak.. ngeeeeee.... Amin, semoga segalanya baik2 belaka
ReplyDeleteThanks aina :)
Delete