ANNYEONGHASEYO UNIMAS. ツ


Hai Hai Hai !
* senyum sampai telinga *
Why ?
Jawapan yang paling tepat adalah senyuman itu satu sedekah. Hee =)

* Saya tak kaya. So, saya sedekahkan awak senyuman. Nahh... Ambik la ! *

13 Julai 2012. Tawaran daripada unimas betul - betul buat aku excited bagai nak koma 2 minggu. Thanks God sebab Kau jodohkan aku dengan unimas. Aku terima nikahnya unimas dengan mas kahwin RM1420 tunai. SAH !

Oh Ya. Aku dapat course Kajian Khidmat Sosial atau nama panjangnya IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN(KAJIAN KHIDMAT SOSIAL) .

Anyone yang sama course ?

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Esok !


Hai Hai Hai !
* lambai tangan macam Ratu Cantik Afrika Selatan *

Hari ni gatal pulak tangan nak menaip kat sini . Lagi ? Oh . Semalam tu hanya iklan semata - mata . Saja nak bagi korang ketawa sampai tertanggal gigi palsu *lain kali guna polident* Aku hope korang tak bosan jemu lali muak nak muntah darah hijau bila tengok aku update blog hari - hari . Hari - hari ? Tak kot . Time ada idea je kot . Siapa yang bosan , sila merangkak macam ju-on and bawak bantal bushuk korang keluar dari sini.

Ok . Ada apa dengan hari esok ? Shila Amjah & Sharnaz nak nikah ke ? Lembu jiran sebelah nak beranak ke ? Or Justin Bibir nak kahwin dengan Salena Gomez ? Oh . Tidak tidak tidak . Haaaa . *ketawa 5saat* Actually dan sebenarnya . . . .

ESOK . Hari yang dah lama aku tunggu since aku berumur 19 hingga sekarang umur 20 tahun *amaigadd tua dah aku*
Esok result untuk penempatan ke ipta 2012 akan diketahui . Ini yang buat aku tak lena tidur tak senang nak duduk kat sofa kulit baru Kak Jess bagai orang tumbuh bisul 10 .

Pagi tadi . . . .
Bagai itik buat catwalk aku kononnya nak bagitau dengan Kak Jess .

" Kak Jess , esok result keluar. . . "

Hah ! Tapi itu cuma kata - kata dalam hati aku saja . Penat - penat aku buat catwalk . Apa kejadah kau takut tahap cipan nak beranak ni Dee ? Santai je kot . . .

Bagi kawan - kawan and sepupu sepapat yang ambik STPM tahun lepas , aku nak wish good luck ngan korang . Aku harap and terus berharap korang dapat apa yang korang nak . Dah dapat masuk universiti nanti jangan lupa calling - calling oke ?

* peace tepi lesung pipi *

Nota biru : Selamat Menyambut Ramadhan ^^


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Pujaan hati ツ


Kehadapan awak yang entah dimana . Walau di Afrika, Somalia, Acheh atau di Malaysia sekalipun awak, saya harap surat ni selamat sampai kepada awak . Awak , saya minta maaf sebab masa saya menulis surat ni , semua pejabat pos tutup sempena Taib atuk uban tu nikah satu lagi.

Awak kenal kan? Dulu dia pernah beri nasi lemak 3 bungkus, laksa Sarawak semangkuk and roti canai 2 keping kat kita . Mesti awak masih ingat kan sebab nasi lemak 3 bungkus tu habis awak bedal sorang. Sikit pun awak tak beri saya makan. Tapi tak apa wak . Asalkan awak boroi macam Azwan Ali , saya rela tak makan.

First time saya jumpa awak masa saya beli ais krim 20sen kat depan gate sekolah . Saya rasa awak lebih cute daripada Dafi AF, lebih macho daripada En. Harris dalam ombak rindu and lebih ayu daripada Lisa Surihani . Walaupun saya tahu susah nak dapatkan awak, yalah awak kan anak tauke sawit, saya anak buruh saja, saya tetap nakkan awak. Awak tahu saya ni memang degil kan? Tapi awak tak tahu yang saya sanggup tolong ibu awak cuci tandas selama sebulan. Guna berus gigi oke? Habis patah kuku saya.

Saya tak peduli. And saya sentiasa harap one day kita akan jumpa lagi supaya saya boleh luahkan apa yang tersirat and tersurat dalam hati saya. *macam karangan BM la pulak*

Awak , saya selalu curi-curi tengok awak time makan kat kantin. Saya tengok dari jauh malu nak bertentang mata dengan awak . Walaupun saya rabun jauh , tapi rambut Afro awak tu tetap dapat saya lihat . Itu yang buat awak comel dari Dafi . Kadang-kadang saya suka kacau awak kat sekolah . Sebenarnya saya sengaja letak kutu kat rambut Afro awak, sembunyikan teddy bear yang selalu teman awak pegi sekolah and kunci awak dalam tandas selama 2 hari 1 malam. Tapi itulah tanda kasih Sayang saya kepada awak .

Sampailah satu hari saya dapat tahu awak pindah sekolah, saya juga nak pindah ikut awak tapi ibu tak suruh. Saya buat mogok lapar sampaikan saya koma seminggu. Saya takut kalau awak pindah sekolah , Elfira Loy akan ngorat awak. Ini tidak adil tidak adil bagiku.... Ok. Saya nyanyi lagu Yuna tu untuk awak. Saya tahu awak ada termengumpat saya kat twitter, Facebook and blog sebab setiap malam saya akan jadi hantu maya Karin pegi rumah awak untuk nyanyikan lagu Ombak Rindu. Setiap malam juga rambut Afro awak Akan gugur satu persatu sebab suara saya terlalu merdu bak buluh perindu. Hodoh manapun awak, hodoh lagi Azwan Ali yang pakai selendang tu.

Tapi wak , selama awak pegi London untuk kuruskan badan , saya bahagia kat sini. Walaupun dia tak sekaya awak tapi dia lebih caring and romantik dengan saya. Dulu saya yang selalu nyanyikan awak lagu sebelum tidur, tapi sekarang Dia yang selalu nyanyi untuk saya. Dia selalu tolong selesaikan masalah saya tanpa mengharapkan balasan. DIA .

Ya, saya pasti cinta saya sekarang untuk Dia yang kat atas sana. Dia pujaan hati saya. Sorry awak..... Dan disini seperti surat2 saya yang lepas, saya nak cakap kat awak yang saya peminat ZaynMalik. Okbai !


Yang comel,
Dee.


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Girlfriends ツ


Whatsapp !
Yang aku maksudkan kat atas bukan aplikasi yang ada kat handphone kau tu. Itu kononnya kata sapaan mat rapper. Tapi aku bukan rapper ok.

Girlfriend which is tentang kawan-kawan perempuan aku. Aku tahu lah korang rindu aku melebihi rindu En. Harris kepada Izzah dalam ombak rindu.

Tapi korang memang sweet macam chokie2 yang aku selalu makan time aku nervous. Timeline and notification aku kat Facebook penuh dengan nama korang. Aku tak pandai meluahkan perasaan ok?

Kat blog ni secara terbuka aku nak confess kat korang. So, korang dengarkan lah ~~~

" Oh. Hai girlfriends. Aku tahu kau rindu aku. But I'm sorry. I don't miss you like I did yesterday. The amazing and sweet moment that we spend together before , itu yang aku rindu sangat- sangat ! "

THE END


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

UPU MINGGU KE-2 JULAI

Are you ready guys? Damnly nervous but excited. Dear July,please please show me your luck....

*hope.faith.believe*

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Cubaan 1 2 3

Ehem ehem !

Testing testing..
Korang dapat baca tak post nie?
Actually, Dee tengah try satu aplikasi dalam iPhone nie. "BLOGGER". Kerja blogging lebih senang. Tak perlu lagi blogging guna lappy. Try lah! =)

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Menunggu Julai



Hai peeps!
Lately nie Dee jarang dapat online.
Broadband belom bayar lagi plus kocek tengah kering sekarang. Haha
Yela. Nak kena simpan duit & belajar berjimat. Sekarang dah bulan June. Julai result untuk upu. Mana tahu kalau rezeki Dee bulan September nanti masuk Uni. Amen.. Sama-sama kita doakan untuk askar 92's. Yeah!
Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical





Sambil korang syok2 layan hindustan sabtu nie, 
jgn lupa kasi up itu followers. Ok tak? Janji?  ;)
Jom join  ^_~

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Happy Wedding Day,Abang.



FRIDAY,1ST JUNE 2012



"semoga berbahagia ke anak cucu"


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Goodbye April.Say Hello to May



Hai, silent readers...
*lambai-2 tangan with love   :D

Lama sudah tidak blogging. Blog pun semakin hari semakin berhabuk.
Kang tak lama lagi hantu kak limah check-in pulak dalam blog aku nie. hee
So, how's your first May ? Harap semuanya ok.
Happy Labour Day buat yang tengah menikmati cuti hari nie.
Buat yang tengah bekerja, stay focus and don't try to escape  :D



Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Mr.iP ♥



Oyeah - Oyeah!
Golek-2 atas katel. 
Senyum kambing kat bibir. Haa :D

Motif post? DONNO. Layan gambar kat bawah ~~ 
*taken with my Mr.iP  ♥ Wee :D





♥ instagram 


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Persahabatan Telinga,Mata & Hati




Pada zaman dahulu, Telinga,Mata & Hati bersahabat baik. Mereka bagai isi & kuku. Seperti aur & tebing. Bagai irama & lagu. Tidak dapat dipisahkan. Apabila Hati sedih kerana dihina, Mata yang akan menangis. Telinga pula seperti biasa. Sentiasa setia disisi Hati & Mata. Telinga sudah lali & tidak lagi ambil peduli akan hinaan. Telinga buat-2 tuli kerana baginya Hati jujur, ikhlas & penyabar.

Mulut pula merasakan dirinya disisihkan. Mulut selalu bercakap bohong & menghasut Hati. Telinga masih tidak ambil peduli kerana dia tahu Hati sebijak Otak. Mampu mentafsir yang baik & buruk. Mata pula hanya mampu melihat dan berdoa semoga dia tidak mudah dikaburi oleh kata-2 dusta Mulut.

Akibat terlalu cemburu, Mulut menjadi jahat. Dia sanggup melukakan Hati & mencederakan Mata. Telinga pula termakan hasutan Mulut yang mengatakan bahawa Hati & Mata hanya menipunya. Sejak hari itu Mata menjadi buta. Luka pada Hati walaupun sudah diubati tetapi setiap kali Mulut berkata, luka itu parah kembali. Telinga  tidak tuli lagi disaat Mulut semakin kejam.

Kini hanya tinggal Mata & Hati. Mata mungkin tidak dapat melihat keindahan dunia lagi. Tapi dia masih mempunyai Hati.......

nota biru ; Mulut tidak akan berhenti bercakap. Yang patut kita buat ialah pekak kan telinga. Mata mungkin buta. Tetapi kita masih mempunyai hati. Lihatlah dunia melalui hati bukan melalui mata yang buta disebabkan kata palsu mulut semata-mata.


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

About The D'paripari





♥  Frens call me Dee / Nanu
♥  I'm 20 y/o . 20011992
Bintulu, Sarawak
♥  Me in the next year ~ further study. Amin
♥  Love blogging & facebooking
♥  Simple. I wears t-shirt and jeans with sandal
♥  I'm alergic to make-up and dressing!
♥  Left-handed but i can write with my right hand on the whiteboard
♥  I love my family and of course my little D
♥  Who's D?  D is stand for Dee ; myself

 Any question? Ask my mother  :D
Just kidding  (^^,)
Nice to meet you guys!



xoxo, Dee 
    

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

I'm Back !



Apa khabar orang kampung?
Sudah lama tak berjumpa,
Kirim-2 lah berita,
Kita di sini jangan dilupa  :')

Wuaaa ! Betapa rindunya dengan kawan-2 sekolah. Agak-2nya apa khabar lah dia orang sekarang ni kan? Lama betul sudah tak lepak sama. Rindu giler ngan lawak-2 bodoh dia orang. haha. Hari tu jumpa sekejap jer time amik result stpm. Masing-2 busy. Ada pulak yang dah tak tinggal sini lagi. Agaknya bila lah dapat jumpa lagi ? ~~ imy'all. ♥ ♥ 




Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Segmen:Tambah Follower Sampai Pening



Hye bloggers...
Jom kita kasi up kan lagi follower dengan join segmen daripada
miss yaya ni . Selain daripada dapat merapatkan silaturrahim antara bloggers , 
follower juga bertambah . Tak rugi pun kalau nak join . Jum-2 ! Sementara belum tarikh tutup: 18/3/2012


SYARAT-SYARAT :
#1 . Follow blog miss yaya dan like fanpage dia [ DONE ]
#2 . Letak banner beserta link contest [ DONE ]
#3 . Buat satu entry bertajuk :  Segmen : Tambah Follower Sampai Pening [ DONE ]
#4 . Komen kat entry miss yaya [ DONE ]

= selamat berblogging=



Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

4P , i love you so much !




Hye readers . . . 
*peace tepi pipi ~~ ahakss :D

Dee masih tak tahu nak type apa untuk entry kali ni . Walaupun hati meronta-2 nak menaip . hee
Geli pulak hati dengan apa yang Dee type ni . Asyik nak ketawa jer . Actually , dari semalam lagi senyuman ini tidak pernah lekang dari bibir . Walaupun tidak semanis kurma usop taiyop , kira ok jugak ler daripada senyuman usop santorian . :p

Ok . Stop merapu . Back to the title . 4P ? Result stpm  Dee walaupun takda dapat A , atleast lulus semua . Dee sangat-2 bersyukur sebab pointer untuk stpm sebenar ni jauh lebih tinggi daripada ujian percubaan kat sekolah . Mendapat 1B+ 2B 1C+  dengan CGPA 2.9 sudah cukup buat Dee tersenyum dan menarik nafas lega .

Sekalung tahniah buat Mohd Yusuf , Valentine ak Kemarau , Nurhafizah & Cik Rainny Berry serta rakan-2 seperjuangan yang lain . Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna buat kita semua . Dan untuk para-pari junior ku yang masih menuntut di Tingkatan Enam Atas sekarang , teruskan perjuangan kalian semua . Dee sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian .

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat guru-2 yang tidak pernah jemu memberi dorongan & tunjuk ajar . Jasa kalian tidak mampu Dee balas . Untuk rakan blog yang sentiasa wish goodluck , buat ibu & ayah , ini semua untuk kalian berdua . Terima kasih untuk segalanya . . . . ♥ 




amin .

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

KEPUTUSAN STPM 2011,7 MAC 2012



Dear , blog . . . 
Eleh ! Tak nak laa buat entry panjang-2 malam nih . 
Straight to da point jer laa oke ?

Guess what ??
Keputusan stpm 2011 akan diumumkan pada 
hari Rabu minggu depan . Sure u'olls dah tahu kan ?
Alaa.... tak surprise lerr...  Takde-2 . Aku nak jugak post entry ni . hee

Yippi ! Yeah bebeh !  :D
Gumbira nya rasa hati . Setelah lama menanti , huh ! 
Finally 7 mac 2012 telah dipilih mpm sebagai tarikh 
bersejarah dalam hidup Dee . 
Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti . 
Semoga keputusan nanti seperti yang diharapkan . Amin . 

: 5 more days to go ....


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

4 Things + 4 Options



Hye , readers....
Y'all tengah buat apa tu ?
Dah makan ke ?
Nih Dee nak share something ngan y'all . 
Apa yang Dee buat bila ushar belog-2 followers or bakal followers ?
Nak tahu ke ? Jom-2 baca  ;)

First : HEADER
Header nih macam mahkota laa untuk sesebuah belog . Header yang menarik salah satu sebab Dee minat nak ushar belog y'all . Apatah lagi kalau header tuh dibuat sendiri dengan kreatifnya . Ok . Dee nih memang tak kreatif sangat-2 sebab tuh Dee tak buat header sendiri . hee :D

Second : BACKGROUND
Dee suka tengok kalau background belog yang ceria & warna background yang lembut . Sodap sikit mata memandang kan ? Background yang ceria tak bermakna kena banyak corak . Tapi ini bergantung laa kpd cita rasa masing-2 . Kalau boleh elakkan . Kalau tak boleh , tak dapek eden nak nolong haa . 

Third : ENTRY
Yang nih paling penting . Kalau entry y'all menarik bukan Dee sorg yang tertarik nak baca tapi beribu riban lagi bloggers yang amik turn nak singgah belog y'all ( hamboii , ayat ! ) So , kena laa perah-2 sikit otak tuh kalau blogging . 

Fourth : NAV BAR / HOT STUFF
Kalau Dee singgah mana-2 belog , selain daripada header , background & entry , Dee suka godek-2 nav bar yang ada tutorial & freebies . Belog Dee nih takda tuto or freebies . Macam yg Dee kata tadi , Dee nih memang tak kreatif langsung ! Tapi Dee salute ngan bloggers yang ada buat tuto & freebies . Kerana mereka , bloggers yang tak tahu apa-2 macam Dee nih mampu memiliki belog yang cantik camni . Cantik kerr ?? :D

3 Options : LIKE / KOMEN / FOLLOW / LINK
Dee akan like or komen kalau ada entry yang menggeletek jiwa & raga Dee . hee . Kalau Dee biasanya bila singgah belog bloggers lain , Dee akan tinggalkan link kat shoutbox . Itu bagi memudahkan belog Dee dijejaki . Kalau bab follow-2 nih , Dee tak suka main paksa-2 . Kalau suka , follow . Kalau tak follow , Dee ucapkan thanks sebab sudi singgah . 


nota biru : selamat berblogging . peace yaww ~~ :D


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Wordless Wednesday #2 : Dear,friends...



Good night , peeps !
"Today I don't feel like doin' anything.I just wanna lay in my bed.Don't feel like picking up my phone.So leave a message at the tone.Cuz today I swear I'm not doin' anything" -BRUNO MARS
currently prayin' and hope that we can be frens just like patrick and spongebob  :D

xoxo , Dee .


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Wordless Wednesday #1 : Baby Cyra



Hye , peeps !
Dah tido ke ?
Hope you all doing fine right now . 
Because , Dee sekarang nie tengah kena attack lagi dengan mr.selesema . 

Arghh ! Mencik nya tau tak ?
Memandangkan keadaan tak mengizinkan Dee untuk terus menaip lagi , 
apa kata korang layan jerr picture kat bawah nie ok . nite . peace ~ ~

when you look me in the eyes  <3

hey,baby.you lookin adoreable ;)

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Alahai , line tenet !



Hye , readerss...
peace yaww :D

Korang dah tido ke ? Atau sekarang nie tengah dok manas depan lappy sebab line tenet korang lembab ? Kalau ya , sama la kita . hee . Dee pun tengah mengadap lappy . Di sini kesabaran amat diperlukan !

Gara-2 line tenet yang sangat-2 bermasalah mengalahkan mat-2 rempit & mat-2 ganja yang bermasalah kat dalam henry gurney sana tu , Dee terlepas nak follow back followers . Nak blogwalking pun susah kalau line tenet slow macam siput ! Mood nak menulis pun hilang kalau macam nie .

Aiyoo . Dee nak ucapkan terima kasih kepada follower yang setia menanti Dee follow back . Dee janji akan follow back secepat mungkin ok ? Tinggalkan link korang kat kotak jerit sana ok . peace ! Sambung blogwalking . . . .  :)


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

'Fake Smile'. Korang pernah buat ke?



Hye , readers...
First of all , Dee nak mintak maaf sangat-2  .
Dee jarang hapdet blog sekarang . I'm quite busy lately.
So , sekarang curi-2 masa nak hapdet . 

FAKE SMILE


Ok . Korang pernah buat tak 'fake smile' atau senyuman yang dibuat-buat? Macam mahu tak mahu jer korang senyum kan? Haa . Itulah dia 'fake smile' . Dee selalu jugak laa buat 'fake smile' nih . Selalu? Wah ! Tahap bahaya dah nih . Memang dasar faker . haha

Alaa . Dee selalu buat macam tu time darurat jer. Maksudnya time Dee ingin menyembunyikan sesuatu atau apabila tengah blurr . Contohnya , kawan-2 tengah dok bincang tentang study , korang pulak tengah berangan tentang mamat kelas sebelah . Tiba-2 , turn korang pulak kena soal . Haa . Nak jawab apa ? Korang angguk-2  & senyum tersengih kan ?

Time cikgu suruh berdiri & bertanyakan homework dah siap tak ? Korang senyum jerr . Ok . Senyum itu ada 2 maksud . Itu tandanya korang memang dah siapkan homework ataupun sebaliknya !

Time korang tengah sakit perut akibat senggugut , ada kawan tanya "sakit ke ?". Korang senyum jerr & jawab "tak" . Tapi dalam hati bukan main lagi korang menyumpah . "Gila . Sakit laa weii !"

Memang kita selalu buat-2 senyum bila sakit atau ada masalah sebab kita tak nak orang lain tahu sakit yang kita rasa . Tapi bagi orang yang memang tidak pandai berbohong , dia buat-2 senyum pun kita boleh tahu dia tengah sakit !


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Hope :)

Selamat pagi , Selasa . 
Hari ini 7 Februari 2012 . 

Dijangka keputusan stpm akan keluar pada tanggal 27 Februari ( jangkaan sahaja ). Ini bermakna 19 hari saja lagi . Sejak heboh pasal result stpm nak keluar , aku tidak boleh berhenti berfikir . "Ke manakah kaki ini akan melangkah selepas ini ?" Harapan sudah pastinya mengharapkan pointer 3 ke atas & 4 Flat dalam genggaman . 

Aku mula memikirkan course apa yang aku patut ambil sekiranya berjaya ke ipta ? Aku mula bertanya kepada ayah & ibu , kalau aku berjaya ke ipta nanti , siapa yang nak tanggung semua perbelanjaan ? Aku mula bertanya kepada sepupuku yang sekarang ni tengah menuntut di upsi , best tak belajar kat uni ? Aku mula membaca lagi semua entry senior ku  Norlina Rabiah , yang juga merupakan pelajar cemerlang stpm tahun lepas .

Arghhh !! Betapa excited nya aku bila memikirkan semua itu . Perasaan 'sangat mengharapkan' mula berkobar - kobar dalam diri . Semoga harapan aku itu akan menjadi kenyataan dan bukan hanya harapan tinggal harapan . 


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Kami Tidak Tinggal Atas Pokok ! - Sarawakian

Hye,readers... ^^V
Its Monday. Yeahh  :D

Minggu lepas heboh dalam facebook,blog & twitter yang menyatakan seorang gadis yang berasal dari Perak, Nur Juhalisa Rosli telah menyentuh isu sensitif berkaitan dengan orang Sabah & Sarawak di laman web twitter nya. Dee harap sangat perkara nie tak benar. So, gadis Sabah Sarawak harap bertenang yerr :)
Gadis Semenanjung juga diharapkan bertenang. Kang tak pasal-2 blog aku ni kena serang pulak. Kamon la guys,kita kan 1 Malaysia. Peace yaww  ^^,


*click gambar utk tumbesaran sempurna





Benar ataupun tidak perkara di atas,disini Dee nak buat penegasan bahawa kami org Sarawak tidak tinggal di atas pokok. Kepada Cik Nur Juhalisa Rosli, apa yang datang dari mulut saudari sebenarnya menggambarkan siapa saudari yg sebenarnya. Jangan berkata dusta,tidak takut kah saudari dengan petir neraka ?


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Cinta itu buta.Kenapa?

Hye,readers...
Selamat tengah hari  :)
Dee baru saja menjelajah dunia Pak Cik Google. 
Jelajah punya jelajah, Dee jumpa sebuah artikel yang bertajuk ;
CINTA ITU BUTA.KENAPA?
Dee rasa artikel tu sangat menarik. So,Dee nak share ngan korang.
Ok. Jom sama-2 kita baca.  :) 

*******

Pada masa dulu, sebelum dunia diciptakan seperti yang kita kenal sekarang, dan manusia belum lagi menginjakkan kakinya di sana, semua sifat kebaikan dan kejahatan berkeliaran tak tentu arah dan merasa bosan, tak tahu apa yang hendak dilakukan.

Suatu hari, mereka berkumpul dan merasa lebih bosan lagi daripada sebelumnya, sampai ketika Kecerdikan mengemukakan usul :"Mari kita bermain sembunyi-2." Mereka semua menyukai idea tsb, dan secara tiba2. Madness/Kegilaan berteriak: "Aku ingin menghitung, biar aku saja yang menghitung!"
Dan karena tidak ada yang cukup gila untuk ingin mencari kegilaan, semua yang lain setuju saja. Kegilaan segera bersandar kepohon dan mulai menghitung, "Satu, dua, tiga..."
Sementara Kegilaan menghitung, semua sifat kebaikan dan kejahatan tsb bersembunyi. Kelembutan menggantung dirinya di ujung bulan, Pengkhianatan bersembunyi di tumpukan sampah. Kasih sayang bergulung di antara awan, dan Nafsu Kegairahan pergi ke tengah2 bumi. Kebohongan berkata akan bersembunyi di bawah batu, tapi ternyata justeru bersembunyi di dasar danau. Sementara itu, Ketamakan masuk ke dalam kantung yang kemudian ternyata dirobeknya karena kantung itu dirasanya tidak nyaman.
Dan Kegilaan masih terus menghitung, "Tujuh puluh sembilan, delapan puluh, delapan puluh satu..." Ketika itu, semua sifat tsb telah bersembunyi --- kecuali Cinta. Seperti Keragu - raguan, demikianlah Cinta, dia tak boleh memutuskan kemana harus bersembunyi.
Dan ini tentu tidak mengejutkan karena kita semua tahu betapa sulitnya menyembunyikan cinta. Pada saat Kegilaan sampai pada hitungan ke-99, Cinta segera melompat bersembunyi ke kebun bunga Mawar. Dan dengan bersemangat Kegilaan berbalik dan berteriak, "Bersiaplah, ini aku datang! Akan kutemukan kalian semua"
Kemalasan adalah yang pertama ditemukan, karena dia bahkan tidak punya tenaga untuk mencuba bersembunyi, disusul oleh Keragu- raguan, yang masih mondar-mandir karena tak tahu ke mana harus sembunyi.
Kemudian, secara hampir beruntun Kegilaan segera menemukan Kelembutan di ujung bulan, Kebohongan didasar danau dan Gairah di tengah2 bumi. Satu persatu Kegilaan menemukan mereka semua, kecuali Cinta. Kegilaan mulai menjadi semakin gila, karena putus asa untuk menemukan Cinta.
Tapi Kecemburuan yang iri pada Cinta yang belum juga ditemukan, berbisik pada Kegilaan, "Kau hanya perlu mencari Cinta, dan dia bersembunyi di semak bunga Mawar." Kegilaan mengambil garpu taman dan menusuk2annya serampangan kearah semak Mawar. Dia terus menusuk nusuk sampai terdengar suara tangis memilukan yang membuatnya berhenti. Cinta keluar dari persembunyiannya sambil menutup mukanya dengan tangan. Di antara jari - jarinya mengalir darah segar yang ternyata berasal dari kedua belah matanya.
Kegilaan yang terlalu bersemangat untuk menemukan Cinta, tanpa sengaja telah melukai Cinta. "Apa yang telah kulakukan!" teriaknya menyesal. "Aku telah membuatmu buta! Bagaimana aku harus memperbaikinya?" Cinta menjawab, "Kau tak mungkin memperbaikinya. Tapi kalau kamu bersedia melakukan sesuatu untukku, kamu boleh menjadi temanku."
Dan semenjak itulah, Cinta itu buta namun dia boleh melihat dalam kegelapan, kerana dia selalu didampingi oleh Kegilaan.

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Keputusan STPM, Februari?!

Hye, readers !
*peace tepi pipi  ^^v

Dee nak habaq something kat korang. Mai dekat mai dekat . Eh,apasai pulok Dee bertukar loghat nih. Ehem ehem. Ok,dah. Dee nak teruskan citer. Actually Dee baru jer dapat berita nih dalam mukabuku . 10 minit yang lepas kot. Bagai nak jatuh jantung Dee apabila terbaca status seorang kawan mukamuka yang berbunyi :

"dijangka keputusan stpm akan diumumkan pada akhir February~~ ready dah smua?"

Hah. Kejut tak? Bergetar tak kepala lutut? Haha. Memang selama nih Dee harap sangat keputusan stpm akan
keluar awal. Tapi tak sangka pulak seawal nih! Adoh. Sakit nerveous Dee datang lagi. Macam mana la keputusan exam Dee nanti?? Rilek-rilek. Itu cuma jangkaan. Kalau betul? Terima saja dengan hati yang pasrah. Tenanglah duhai hati :)




Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Biar Mimpi Sampai ke Bintang

" nama saya ----.
umur saya 7 tahun . 
cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang ---- . "

haa . . korang pernah dengar tak ayat2 di atas ? komfom pernah kan ? itulah jawapan skema kalau cekgu suruh memperkenalkan diri masa sekolah rendah dulu . aku rasa time sekolah menengah pun masih guna ayat2 di atas . cuma isi kandungan nya saja ditambah . HEHEHE . [ ketawa sopan ]

tapi entry kali nie tiada kena mengena nyerr dengan memperkenalkan diri  . aku just nak share ngan korang pasal   CITA - CITA AKU dulu dan sekarang . ok .jom , scroll bawah =)



#1  yang nie memang cita2 aku sejak kecil lagi . 
masa nie baru nak mengerti apa itu cita2 . 
time kecik2 memang suka sangat 'berlari' . 
kira cam satu hobi larr . sampai la masuk sekolah rendah . 
kalau hobi memang 'berlari' tak sah kalau tak ikut acara olahraga .
 masa tu laa aku berhasrat nak jadi seorg atlet . 
bila masuk sekolah menengah , rasa diri sudah semakin berusia . 
hobi pun sudah bertukar . aku tak lagi 'berlari' hingga la sekarang . cita2 sebagai atlet dilupakan . 


#2    bila masuk sekolah menengah , aku mula minat menulis cerita2 pendek . 
masa tu jugak aku menyimpan cita2 nak menjadi seorg penulis . 
HEHEHE . 
memang tak tetap pendirian aku nie kan ? berangan jerr lebih . 
yalah , masa tu baru nak mengenal dunia remaja . kira belum matang lagi .
aku jugak pernah terfikir . andailah suatu hari nanti semua yg aku impikan
tak tercapai , aku akan jadikan semua perjalanan hidup aku sebuah cerita :)




#3  cita-cita aku seterusnya ialah menjadi seorg cekgu  :)
yang nie memang kira cita2 pilihan family aku la . ayah selalu pesan ;
"belajar elok2 . nanti dapat jadi cekgu"
kerana pengaruh family , aku pun berminat nak jadi seorg cekgu . 
tapi sekarang nie , kalau nak jadi cekgu bukannya senang . 
terfikir jugak . kalau aku jadi cekgu , mesti selalu kena buli oleh student . 
mana tak nyerr . aku keciik jerr  :D


#4  cita2 nie memang jarang diidamkan oleh orang . 
tapi , ok apa ? jadi seorang penternak ikan keli .
 jadi penternak moden . 
HUAHUAHUA
tapi kadang2 aku terfikir . 
aku terlebih matang kah kalau terfikir ingin menjadi seorg penternak . 
kerja ini juga bukannya mudah . 
apabila aku suarakan pendapat ingin jadi penternak ikan keli kpd ayah  ,
dia ok jerr . siap kata nak melabur lagi .
HAHAHA
tapi kan sarawak nie jarang sgt ada kawasan yg tinggi  .
kalau kawasan rendah , 
banjir boleh merugikan kalau nak ternak ikan .  =.='


#5 Yang ke-5 nie memang  cita2 yg sgt diidamkan setiap manusia . 
masuk universiti . 
siapa yg tidak mahu ?
kalau aku  dapat capai cita2 aku yg nie , 
yg paling bangga ialah family . 
itu memang yg mereka mahu kan . 
utk cita2 yg nie , kita tunggu la keputusannya . 
lebih kurang 5 6 bulan dri sekarang . 
doa kan aku ok :)

aku tak tahu apa yg akan terjadi
di masa depan nanti . 
kita hanya merancang , tapi Tuhan yg tentukan . 
aku tak kisah seandainya , 
apa yg aku impikan tidak menjadi kenyataan suatu hari nanti .
yg penting aku mampu menyara keluarga
dgn hasil titik peluh ku sendiri . 

apa2 pun cita2 kita , bagi aku ,
ia membuat kita belajar erti usaha dan
mempunyai cita2 menjadikan kita insan yg lebih baik .
walaupun tidak semuanya akan tercapai , 
sekurang-kurangnya kita sudah berusaha . 
&
BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG .

[ harus berani utk bermimpi ]


nota kaki : 
dihapdet curi2 semasa menggulung popia . 
sorry kalau ada error . 
= selamat membaca =

Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

New Blog !

Hye,readers...

Hari nih Dee letih sangat-2 . Seharian buat blog yang baru . Sebab Dee dah delete blog yang lama . Kenapa?
Sebab blog tuh banyak sangat masalah . So,Dee buat keputusan untuk buat blog yang nih . Blog nih ok kot . Dee pakai blogskin saja sebab malas nak design . Lagipun Dee suka sangat design blogskin nih . Credit to the creator . Lagi satu sebab Dee suka ialah blogskin nih senang nak diedit .

Jadi tak perlu susah-2 fikir . But i have lost my 147 follower . I feel sorry to them . Everywhere you are,i hope you can see and read this entry . Be my follower again . Please! ngee~~~ :D 
Blog nih masih lagi under construction so Dee minta maaf kalau ada yang kurang . Peace! Dee nak logout . Good night and sweet dreams ♥ 


Lotsa love, Dee. Don't forgot to like yah ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
FULL DESIGN BY ; Dee